[Video] Respond Padu Yusuf Azmi Bila Boy Iman Dibebaskan

Loading...

Selepas beberapa kali ditahan reman berikutan kes penipuan banglo mampu milik bernilai RM6.2 juta, Pengarah Urusan DBI Properties, Boy Iman akhirnya dibebaskan semalam selepas Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Seberang Perai menolak tempoh lanjutan reman yang dibuat oleh pihak polis.

Menurut peguam Boy Iman, mahkamah menerima permintaan pihaknya untuk membebaskan Boy Iman dan tiga lagi suspek atas alasan mereka sudah lama ditahan reman iaitu sejak 2 Oktober lepas. Menerusi foto yang dikongsikan di Kosmo Online,

Boy Iman nampaknya tersenyum gembira sambil membuat “thumbs up” ketika dibebaskan.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan kes ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembebasan Boy Iman. Iyalah, kerana kebanyakan pembeli yang tertipu adalah mereka yang sudah berumur dan tidak mempunyai banyak wang serta sudah menghabiskan wang simpanan mereka untuk membeli rumah kerana termakan dengan janji palsu Boy Iman.

 

 

 

 

 

Harapnya walaupun Boy Iman sudah dibebaskan, isu ini tidak akan terus dibiarkan sahaja dan terus senyap. Keadilan untuk mereka yang sudah ditipu itu haruslah diperjuangkan kerana bukannya mudah untuk mencari wang ringgit dalam zaman susah seperti sekarang.

Ini respond Yusuf Azmi tentang hal berikut menerusi Facebook LIVE dia fanpage beliau semalam..

(Visited 28 times, 1 visits today)
Loading...