[Video] Remaja 17 Tahun Dibelasah Ibu Sendiri Selepas Maklumkan Dirinya Hamil

Loading...

Video viral seorang wanita membelasah anak perempuannya berumur 17 tahun selepas remaja itu memberitahu kepada ibunya bahawa dia telah mengandung.

Difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan perumahan flat di negara Brazil.

Video yang dirakam oleh orang awam yang kebetulan ternampak kejadian itu berlaku, menunjukkan si ibu mengheret anak perempuannya dengan menarik rambutnya.

Wanita itu kemudian duduk di atas badan anaknya sebelum menampar muka dan menghentak kepada mangsa di lantai berkali-kali tanpa belas kasihan. Malah dia menahan tangan anaknya daripada melawan agar dia dapat mengerjakan remaja itu cukup.

Mangsa cuba melindungi mukanya dari terus ditampar wanita berkenaan, namun gagal apabila dia bertubi-tubi dipukul dari pelbagai arah.

 

Juga kelihatan beberapa kesan darah mangsa di lantai setelah si ibu berhenti membelasahnya.

 

Sumber: The Reporter

(Visited 58 times, 1 visits today)
Loading...