[Video] “Kau Rasa Apa Yang Aku Rasa, Setelah Kau Fitnah Dan Menganiaya Aku” – Dato Boy Iman

Loading...

“Kau rasa apa yang aku rasa setelah kau menfitnah dan menganiaya aku..Allah x pernah tidur! Alhamdulilah,” itu adalah tulisan yang dimuatnaik oleh Dato Boy Iman di laman Facebooknya pagi ini.

Berdasarkan tulisan berkenaan, beliau dipercayai memuatnaik kenyataan itu untuk ditujukan kepada aktivis persatuan Pengguna Islam Malaysia yang sebelum ini telah mendedahkan kes rumah murah yang dipercayai telah menganiaya orang ramai.

Pendedahan dibuat selepas kira-kira 100 orang mangsa telah tampil membuat aduan terhadap pihak PPIM selepas mereka mendakwa ditipu syarikat DBI Properties milik pelakon berkenaan.

Berikut adalah jawapan daripada Saudara Yusuf Azmi mengenai status terbaru Boy Iman (ada di dalam video di bawah)

24/10/2017 – Yusuf Azmi ditahan untuk membantu siasatan berkenaan kes AGR Auto-Trade.JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala LumpurHotline: 019 913 0000 / 013 220 1565Office: 03 4050 4454Blog: utkppim@blogspot.comInstagram: www.instagram.com/utk.ppimwww.instagram.com/yusuf_azmi_utkppimFacebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM2Yusuf Azmi ditahan untuk membantu siasatan berkenaan kes AGR Auto-Trade.

Posted by Yusuf Azmi on 23hb Oktober 2017

Malam tadi, Saudara Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin telah menerima surat mahkamah yang memerintahkan beliau menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kajang hari ini.

 

Beliau dan Ali Salimin telah menyerah diri pagi tadi, dan selepas memberikan keterangan, mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk didakwa melakukan perbuatan khianat dan menceroboh.

Yusuf Azmi dan Ali Salimin di dalam pertuduhan bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas kesalahan bersubahat memotong pintu pagar dan ceroboh premis AGR Trade Sdn Bhd, Julai lalu selepas ramai mangsa tampil mendakwa ditipu oleh syarikat berkenaan.

Sumber: Siakapkeli.my

(Visited 86 times, 1 visits today)
Loading...
  • Add Your Comment