Video Ni Terbaik? Support Kitorang Dengan Like Page Dan Subscribe Youtube

Tipu Projek Banglo RM6 Juta: Boy Iman Ditahan Polis?

Loading...

KUALA LUMPUR – Kes projek banglo mini kini semakin panas apabila aktor kacak era 1990-an, Boy Iman atau Datuk Noruliman A. Rahman berjaya ditahan pihak polis semalam.

Beliau yang juga Pengarah Urusan DBI Properties dan dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources ditangkap berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang serta sebuah kondominium di Setapak, dekat sini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 tahun hingga 45 tahun itu ditahan berhubung isu penipuan projek pembinaan rumah banglo mini yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima sejumlah 188 laporan polis terhadap kedua-dua syarikat berkenaan.

yang menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.

“Dalam tangkapan pertama, JSJK merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, 3 unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

“Manakala, dalam tangkapan kedua, kita merampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Syarikat
Juta Kelulut Global Resources,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Acryl Sani, kesemua suspek sedang direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

(Visited 55 times, 1 visits today)
Loading...
  • Add Your Comment