[Terkini] 4 Sebab Mengapa Johor “PUTUS HUBUNGAN” & Tidak Berurusan Lagi Dengan JAKIM..?

Loading...

BATU PAHAT – Murka terhadap ceramah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kritik isu kedai dobi Muslim, Sultan Johor mengarahkan agar tiada lagi berurusan dengan agensi itu lagi.

Malahan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak lagi berurusan dengan Jakim selepas ini yang dilihat cuba mencampuri hal ehwal Islam di negeri tersebut.

Loading…

Baginda bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada kerajaan Johor, kerana semua tahu urusan berkaitan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian susulan insiden bekas Pegawai Kader Jakim, Ustaz Dr Zamihan Mat Zin ditahan kerana mengkritik baginda mengenai isu dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.

[1] “Beberapa orang mufti dan pakar agama telah mengeluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan yang mengkritik tindakan saya.

[2] “Dia memperlekeh mufti-mufti tersebut. Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan cerca bangsa lain. Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah demikian ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, di sini hari ini. Titah Sultan Ibrahim, Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan beliau menyebut perkara itu.

[3] “Nampaknya ustaz ini sudah pandai berbohong pula, macam mana kita hendak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, selepas ini cukuplah dia berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.

[4] “Kalau betul dia memang penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana pihak Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan JAINJ supaya tidak perlu lagi membuang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda lagi.

Zamihan yang kini bertugas sebagai pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri, ditahan polis di ibu negara pada Rabu lalu dan direman selama dua hari untuk membantu siasatan menurut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu dikatakan mengkritik Sultan Johor dalam isu kedai dobi Muslim di Muar ketika berceramah di sebuah masjid di Shah Alam pada Ahad minggu lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Ustaz Zamihan Mat Zin, yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes hasutan, akhirnya dibebaskan hari ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, ketika mengesahkan pembebasan Zamihan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Beliau sudah pun dibebaskan dengan jaminan pihak polis sendiri. Bagaimanapun kertas siasatan akan dirujuk pula kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi media.

Zamihan sebelum ini direman selama dua hari selepas ditahan ketika dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit pada 11 Oktober lalu dan disambung reman sehari lagi semalam.

Siasatan terhadap beliau; yang juga pegawai dakwah Kementerian Dalam Negeri dan ditempatkan di Penjara Kajang, dibuat mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan berkaitan ceramahnya di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor pada 8 Oktober lalu yang didakwa konon ada unsur perkauman dan penghinaan terhadap Sultan Johor

Sementara itu, peguam Zamihan, Fakhrul Azman Abu Hassan, dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan ketika ditemui di IPD Dang Wangi bahawa anak guamnya dibebaskan pihak polis kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu.

Beliau dilaporkan berkata yang Zamihan juga sudah dinasihatkan oleh pihak polis supaya tidak memberi sebarang kenyataan mengenai kes tersebut kepada media buat sementara waktu.

Sumber : Agensi/Mynewshub.cc/HAA

(Visited 94 times, 1 visits today)
Loading...