Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Pengetua Tahfiz Tampil Beri PENJELASAN Buat Ramai TERGAMAM

Loading...

Selepas banyak spekulasi dan banyak rahsia telah pun terbongkar, akhirnya pengetua sekolah tahfiz yang terbakar yang mengorbankan 23 nyawa tampil beri penjelasan.

 

DIANGGAP MATI SYAHID

KUALA LUMPUR: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah menganggap pelajarnya yang maut selepas gagal melepaskan diri daripada sekolahnya yang terbakar awal pagi tadi sebagai syahid.

 

 

Muhammad Zahid Mahmod berkata demikian apabila ditemui pemberita di surau Iftifaqiyah, Keramat, di tempat kejadian.

Selepas kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 pagi tadi, seramai 23 mangsa termasuk 2 guru pusat tahfiz ditemui rentung di tingkat atas pusat tahfiz berkenaan yang didiami 36 pelajar dan 6 guru. Kebanyakan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

 

 

“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.

“Mereka ini, insyaAllah, mati syahid,” katanya ringkas. Zahid bagaimanapun tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan selepas dinasihati polis untuk mengelakkan percanggahan maklumat.

 

SEKOLAH BEROPERASI TANPA KELULUSAN

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata sekolah berkenaan beroperasi tanpa kelulusan sijil perakuan siap dan pematuhan, dan pelan seni bina yang diterima bomba berbeza dengan reka bentuk sebenar sekolah itu.

 

 

Beliau menambah sekolah itu mungkin tidak akan dikenakan tindakan disebabkan penderitaan yang dialami mereka ketika ini.

Sumber: Free Malaysia Today

(Visited 39 times, 1 visits today)
Loading...