“Salah Ke Aku Cari Kereta Secondhand RM1,500? Korang Bahan Aku Kenapa?”

Loading...

Bukan setiap orang memiliki kelebihan yang serupa. Ada yang dilahirkan kaya raya dan ada pula yang miskin tetapi berjaya menjadi kaya. Namun, bagi mereka yang memiliki kelebihan seperti kita, adalah penting untuk tidak mentertawakan orang lain yang kurang berkemampuan berbanding kita.

Seorang lelaki yang mencari sebuah kenderaan terpakai, Proton Wira telah menjadi bahan ‘troll’ netizen baru-baru ini. Lelaki yang dikenali sebagai Wan Waja itu mencari model kenderaan tersebut di dalam grup Jual Beli Kereta Wira Bawah RM6K.

Memiliki bajet yang terhad, lelaki itu kemudiannya telah membuat sebuah posting ke dalam grup tersebut yang berbunyi “Bajet saya 1,500 ke bawah, kereta ape bleh dapat? secepat mungkin”

Posting beliau itu kemudiannya menjadi bahan ketawa beberapa netizen yang lain yang kemudiannya meninggalkan komen-komen yang berbunyi sindiran seperti:
Advertisement

 

“Kereta sorong”

“Kereta kontrol bolehlah”

Dan ada pula yang ‘menganjing’ pada peringkat yang lebih dahsyat lagi dengan menawarkan sebuah topi keledar yang nilainya serupa dengan harga kenderaan yang dicari oleh lelaki tersebut.

Meskipun beliau menjadi bahan ketawa rakan-rakan grup yang lainnya, beliau masih mampu untuk membalas komen-komen sindiran itu dengan tenang.

Most meleis nowadays

Posting beliau itu kemudiannya telah mendapat perhatain seorang netizen lain yang berasa kecewa dengan mentaliti sebilangan orang Melayu sekarang yang memandang rendah orang lain hanya kerana orang itu kurang berkemampuan berbanding dengan dirinya.

Ntah-ntah helmet copy ori

Tidak kurang juga yang berasa ‘jijik’ dengan komen yang ditinggalkan oleh Rayyan Zafran yang menawarkan sebuah topi keledar yang nilainya serupa dengan harga kenderaan yang dicari oleh lelaki tersebut.

Nak cari bawah RM1,500 tu payah sikit

kenderaan terpakai bawah RM1,500api sebenarnya, bajet yang diperuntukkan oleh Wan Waja itu adalah sedikit kecil kerana tiada banyak kenderaan terpakai yang dijual pada harga di bawah RM1,500 sekarang.

Meskipun ada kalanya bajet sesetengah orang lain itu kedengaran sedikit ‘tidak masuk akal’ akan tetapi itu bukanlah memberikan kita kelebihan untuk menjadikan orang lain itu sebagai bahan ‘troll’ dengan menjadikan kesusahannya sebagai bahan ketawa.

(Visited 39 times, 1 visits today)
Loading...