Remaja Berumur 19 Tahun Yang Dikenali Sebagai Dr. Kitty Ditahan Kerana Membuka Klinik Pembedahan Plastik Tanpa Tauliah & Lesen!

Loading...

Mengejutkan apabila seorang gadis yang baru berusia 19 tahun berani melakukan prosedur pembedahan plastik tanpa lesen dan tauliah yang sah!

 

Gadis kacukan Cina dan Kanada ini dikenali sebagai Dr. Kitty atau nama sebenarnya Jingyi “Kitty” Wang, menetap di Toronto, Kanada dan hanya melakukan prosedur tersebut di tempat letak kereta rumahnya!

Dia telah ditahan pada 13 Oktober 2017 dan dituduh atas kesalahan melakukan prosedur pembedahan plastik tanpa lesen selepas seorang wanita membuat laporan polis.

Wanita terbabit merupakan pelanggan Dr. Kitty dipercayai melakukan prosedur pembedahan muka selepas terpedaya dengan iklan yang diedarkan oleh doktor tipu tersebut.

Malang bagi wanita tersebut apabila terdapat jangkitan pada tempat pembedahan beberapa minggu selepas prosedur itu dilakukan.

Polis Toronto percaya, terdapat ramai yang terpedaya dengan iklan pembedahan tersebut dan yakin wanita itu bukanlah satu-satunya mangsa penipuan ‘Dr.Kitty’.

“Siapa tahu berapa banyak iklan yang telah diedarkan dan berapa ramai mangsa yang terpedaya?” ujar jurucakap polis Toronto, Allyson Douglas-Cook.

 

“Ada kemungkinan yang sangat tinggi yang terdapat ramai mangsa lain yang turut terpedaya dengan iklandan mendapatkan khidmat daripadanya,” tambah Douglas lagi.

Rata-rata netizen terkejut bila mengetahui ada yang terpedaya dengan iklan sebegitu dan sanggup mengambil risiko melakukan pembedahan dengan ‘doktor’ yang tidak bertauliah itu.

“Siapa yang waras mahu membuat pembedahan plastik di tempat letak kereta! Dilakukan oleh gadis berumur 19 tahun pulak tu!”

 

 

Sumber: Nextshark.com

(Visited 37 times, 1 visits today)
Loading...