PUSAT TAHFIZ TERBAKAR: ANAK RIZALMAN MERUPAKAN SALAH SEORANG DARI PELAJAR TERSEBUT.

Loading...

Siapa sangka pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim pernah menghantar anaknya Umar Nail ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan kebanyakkan mangsa yang terkorban merupakan teman-teman rapat anaknya.

Anaknya, Umar Nail, 15, pernah mengikuti pengajian selama empat tahun di situ.

 

 

Inilah Madrasah tahfiz anak saya Umar Nail ketika sebelum melanjutkan pelajaran beliau di STIAS. Banyak nyawa terkorban akibat kebakaran subuh pagi tadi. Semoga semua roh yang terkorban ditempatkan Allah SWT pada kedudukan yang setinggi tingginya di sisiNYA. Pada semua ibubapa serta kaum keluarga saya ucapkan takziah.

 

 

Berita ini sangat terkesan pada Rizalman lebih-lebih lagi pelajar-pelajar di sini selalu memenuhi undangan jika dia mengadakan majlis.

Saya merasa amat terkesan akibat kejadian ini kerana ada di antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail, saya sendiri dan telahpun bergelar anak-anak ‘angkat’ saya selama ini kerana selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa-apa majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas.

 

 

Rizalman turut bersedih dengan pemergian Ustaz Yusuf yang telah berkorban menjaga anak-anak suci ini. Mangsa terkorban dalam tragedi itu dan dia antara pendidik yang mengajar Umar.

Menurut laporan dari Mstar, Rizalman dia sudah pun berjumpa dengan pengetua pusat tahfiz tersebut sebaik sahaja menerima berita itu.

 

 

Pada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak-anak ini hingga ke akhir hayat beliau saya hanya mampu berdoa. Pada ibu bapa anak-anak ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yang terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini.

 

 

Umar adalah anak angkat yang diambil daripada rakan dan kenalannya pada 2002, manakala seorang lagi anak angkatnya, Aali Nail sejak tahun lalu.

Sumber FB Rizalman

(Visited 54 times, 1 visits today)
Loading...