‘Pukul arr! Tumbuk arr!’

Loading...

JOHOR – Viral di media sosial video seorang pemandu kereta cuba melakukan provokasi terhadap pemandu wanita hanya kerana perselisihan faham yang boleh dielakkan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, Khamis lalu di KM 34.4 Lebuhraya Senai Utara, mangsa yang memandu kereta Perodua mendakwa dia telah dimarahi dan dimaki hamun oleh pemandu Proton Saga BLM, selain diprovok untuk menumbuk mukanya.

“Semasa saya memandu kereta untuk pulang ke rumah di Taman Senai Baru, apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, saya telah berhenti di lorong sebelah kanan. Tiba-tiba ada sebuah kereta jenis Saga BLM berwarna silver mendekati belakang kereta saya dengan rapat.

“Selepas itu, kereta tersebut telah berhenti di sebelah kereta saya dan menurunkan tingkap sebelah pemandu. Selepas bertanya kepadanya ‘Apa masalah?’, lelaki itu memaki hamun sebelum beredar meninggalkan kami.

“Namun secara tiba-tiba lelaki itu memberhentikan keretanya di persimpangan industri murni dan menghalang kereta saya dari meneruskan perjalanan. Saya turun dari kereta dan bertanya apa masalah lelaki itu.

Gaduh

Kejadian pada 9/11/2017 jam 5.30pm..semasa saya memandu kereta utk pulang ke rumah di taman senai baru.apabila sampai lampu isyarat lebuh raya senai utara KM34.4.saya dapati lampu isyarat telah bertukar lampu merah dan saya telah berhenti dilorong sebelah kanan dan tiba2 ada sebuah kereta jenis saga blm berwarna silver plat #JMC7741 dibelakang saya dengan rapat,selepas itu kereta tersebut telah berhenti sebelah kereta saya dan telah turun kn cermin sebelah pemandu dan dapati 1 lelaki melayu dan selepas itu bertanya lelaki tersebut "apa masalah"..lelaki itu berkata bodoh dan memaki hamun…selepas itu lelaki tersebut terus jalan lebih kurang 100meter dan tiba2 lelaki memberhentikan kereta secara mengejut seperti saya ingin melanggar kereta beliau..tetapi saya sempat brek kereta saya dipersimpangan perindustrian murni lelaki blok kereta saya dan turun dari kereta dan saya betanya lelaki tersebut ape masalh dia, dia berkata saya " kau yang bodoh jalan besar kenapa hendak berhenti" serta maki hamun dan perkataan kotor.. oleh kerana takut terjadi apa2 saya dtg buat laporan polis.Kredit: JB TRAFFIC REPORT

Posted by Online News Today on 9hb November 2017

“Dia kata, ‘kau yang bodoh, jalan besar kenapa nak berhenti?!’, malah saya dimaki hamun dan dilemparkan dengan kata-kata kesat,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

(Visited 64 times, 1 visits today)
Loading...