“Please Don’t Promote Your Fake S*** On My Instagram!”- KJ ‘Mengamuk’ Di Instagram Gara-Gara…

Loading...

Siapa yang tidak kenal dengan Menteri Belia dan Sukan negara, YB Khairy Jamaluddin (KJ) yang terkenal dengan jolokan Tall, Dark and Handsome ini.

 

Sikap beliau yang easy going dan suka berseloroh membuatkan beliau mudah didekati dan merupakan antara menteri paling popular terutama di kalangan belia.

Baru-baru ini, KJ dikatakan ‘mengamuk’ di laman Instagramnya gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab peniaga online yang cuba mengambil kesempatan mempromosikan produk untuk menambah ketinggian di ruangan komen gambar yang dimuat naik oleh beliau.

Ahli Parlimen Rembau itu menyelar tindakan peniaga tersebut yang dianggapkan sebagai satu penipuan kerana tidak ada produk yang boleh menambah ketinggian orang dewasa.

“Please don’t promote your fake s*** on my Instagram. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa”

KJ juga mengancam untuk melaporkan produk tersebut kepada Kementerian Kesihatan dan turut menegaskan yang peniaga online tersebut tersalah pilih pelanggan untuk menjual produk nya.

“It’s a con job and I am going to report you to Kementerian Kesihatan.

Plus you salah pilih oranglah. I’m 182cm tall. Almost 6ft,” kata KJ.

 

Apa yang lebih menarik, komen tersebut telah berjaya menarik perhatian Kementerian Kesihatan yang berjanji akan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Rata-rata netizen kelihatan terhibur dengan komen balas KJ dan menyokong tindakan tegas KJ tersebut.

 

 

 

Sumber: mStar

 

(Visited 39 times, 1 visits today)
Loading...