“PLEASE BAGI INTERVIEW PM NAJIB RAZAK, JANJI TAK NAKAL”

Loading...

Kebelakangan ini Fathia Latiff agak rancak melibatkan diri dalam isu politik dengan menyuarakan beberapa pendapat di laman sosial. Tidak pernah rasanya kenyataan Fathia tidak berbaur kontroversi. Terbaru Fathia meminta peluang untuk menemu bual Perdana Menteri, Najib Razak pula.

Menerusi laman twitter, Fathia bertanyakan andai beliau dapat diberi peluang bersua muka dengan Perdana Menteri Malaysia berserta dengan kepsyen nakal. Dalam statusnya itu, Fathia sempat memuat naik gambar ketika beliau menemu bual Tun tidak lama dulu.

“Saya pernah interview Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ni, boleh tak bagi saya peluang utk interview PM Najib Razak pulak Najib? pleassee? I promise i’ll be good,” tulisnya menerusi akaun Twitter beberapa hari lalu.

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon ini di laman sosial, pastinya sedar Fathia menyanjung tinggi jasa-jasa Tun Mahathir ketika pemerintahannya. Tetapi sebaliknya pula pada pemerintahan kini kerana Fathia sering dilihat mengkritik keadaan semasa.

Bila kita diatas, orang sanjung kita mcm nak rak . Well, itu perkara biasa 🙂 Tapi, bila kita sudah tua, atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka kata, kata kita ni nyanyok, kata kita gila, takdak akai, itu lah dinamakan kacang lupakan kulit! yang sememangnya lumrah kehidupan. Habis! habisss semua jasa dia orang tak nampak, apa usaha beliau selama ni mcm kena lempaq tepi jalan. Sanggup keluarkan beliau dari sejarah negara dan kata macam-macam seolah- olah beliau takdak perasaan. Seharusnya kita kena ingat dan bersyukur, orang yang hebat ini , pada satu ketika dulu, telah pernah berjaya menjulang darjat negara kita setinggi – tingginya dan terperlulah kita pertikaikan lagi. Akhir kata, lihatlah seseorang itu bukan dari sudut mata yang biasa , tetapi gunakan lah MATA hati ! Cuba kenang, ingat dan bersyukur banyak banyak kerana masih ada manusia yang sanggup pertahankan kita dan masih mampu bertahan! bukan untuk kepentingan diri sahaja, tetapi untuk kita semua. With love and regards, Nur Fathia. P/s: skang ni, kenapa Tun panggil wa puan! lol🙄 @inspirasikumahathir feels like crying looking into his eyes la wehh😔

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

Rasanya tidak perlulah diingatkan kembali ‘tweet-tweet hebat’ Fathia sebelum ini. Biarpun ramai yang mengecam tindakan pelakon itu yang dilihat seperti ‘acah-acah pandai’, namun nampaknya sedikit sebanyak telah menarik perhatian ahli politik. Syabas diucapkan! (rtky/w)

Sumber – https://www.rotikaya.com/fathia-latiff-mahu-peluang-temubual-najib-razak/

(Visited 104 times, 1 visits today)
Loading...