loading...

‘Penat Selfie Cantik-Cantik Tapi Suami Kantoikan’, Tweet Wanita Ini Buat Netizen Terhibur

Loading...

Lumrah seorang wanita pasti suka akan kecantikan, begitu juga dengan lelaki. Perkara pertama yang dilihat pada seseorang mestilah raut wajahnya. Betul tak? Pasti ada sahaja idea mereka untuk hias diri agar sentiasa kelihatan cantik. Tambahan pula, zaman sekarang ini barang kecantikan muncul seperti cendawan selepas hujan. Macam-macam brand yang ada.

 

Tutorial make up pun korang boleh tengok dekat facebook atau youtube sahaja. Kalau rajin praktis, lama-lama terer mengalahkan make up artis tau! Heheh

Di twitter, perkongsian wanita ini buat netizen terhibur. Dah penat-penat selfie, suami selamba ‘kantoikan’ di ruangan komen.

Penat selfie cantik-cantik

Suami ‘kantoi’ kan

Di ruangan komen, suami kepada wanita ini komen beserta gambar isterinya berseluar tidur sambil selfie di belakang langsir. Make up dah cantik tapi berseluar tidur lagi. Tergelak besar admin, pecah rahsia isteri! Rupanya ramai juga yang guna teknik ni untuk dapatkan gambar selfie yang cantik. Katanya lighting di belakang langsir memang terbaik. Patutlah gambar selfie flawless je.

 

Suami sikit pun tak ‘coverline’, terus bocorkan rahsia isterinya tu kan. Lawak betul. Ramai yang terhibur sehingga mendapat 9k retweet dan 4k likes.

sumber : norashikinhsain

(Visited 95 times, 1 visits today)
Loading...
  • Add Your Comment