Pasangan Tolak Tinggal Di PPR, Lebih Seronok Tinggal Di Pondok Dalam Kebun Getah

Loading...

Walaupun dah masuk pertengahan 2017, namun masih ada lagi golongan susah yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Namun bagi lima beranak ini yang tinggal di sebuah pondok daif dan tidak mempunyai dinding ataupun pintu serta hanya berlantaikan buluh di dalam kawasan kebun getah dekat Kampung Kuala Tualak.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan muda tersebut Mohd Ridzuan Yaakob dan isterinya Nur Hidayah Roslizam yang sedang hamil enam bulan tinggal bersama tiga lagi anak mereka berusia antara setahun hingga enam tahun tinggal di pondok sejak setahun lalu.

Pasangan suami isteri itu membuat keputusan untuk tinggal di pondok berkenaan untuk memudahkan urusan Ridzuan mencari rezeki di kawasan hutan tersebut.

Sebelum ini kami tinggal bersama ibu mentua tetapi terpaksa pindah kerana adik-beradik suami pun tinggal sekali dengan ibu mentua.

“Kemudian kami menyewa di luar tetapi tidak sampai sebulan sebelum ambil keputusan tinggal di sini (kebun getah),”

Menurut Nur Hidayah, suaminya akan keluar masuk kawasan kebun getah untuk melakukan kerja-kerja kampung dan hasil daripada itu mereka memperoleh sekita RM600-RM700 sebulan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Tanpa kemudahan asas seperti elektrik dan air, mereka hanya bergantung kepada generator dan bekalan air diperolehi dari telaga untuk membasuh dan memasak.

 

“Saya seronok tinggal di sini dan bersyukur dengan keadaan ini. Bagi saya tidak ada masalah. Waktu malam pun tiada nyamuk tetapi kami kena berjaga-jaga dengan babi dan ular. Cuma saya harap tempat tinggal saya ini dapat diperbaiki lagi agar berdinding supaya lebih selesa,”

Menurut Ridzuan lagi, tanah yang mereka duduki adalah tanah datuknya sendiri dan tidak merancang untuk berpindah ke mana-mana. Malah ketika Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim menawarkan sebuah rumah PPR untuk mereka juga ditolak.

Namun Mohd Ridzuan berharap ada pihak yang boleh membantu untuk membina sebuah rumah yang selesa di dalam kawasan kebun getah tersebut. Menurut Datuk Badrol mereka akan membina rumah di tapak yang lain kerana pondok yang dibina sekarang ini berada di kawasan cerun bukit dengan anggaran kedalaman kira-kira 20 meter.

Semoga usaha pihak yang ingin membantu keluarga ini dapat dipermudahkan.

 

(Visited 90 times, 1 visits today)
Loading...