Lelaki Ini Tersentak !!! Apa Yang Tauke Cina Ni Buat Kat Budak Melayu Umur 3 Tahun Buat Dia Rasa Terhina !!!

Loading...

Seperti biasa, aku ke kedai plastik demi dapatkan bekalan pek plastik kami. Masuk ke kedai tauke (Tionghua), entah datang dari mana anak Melayu seusia 3 tahun, mundar-mandir, bermain-main dalam kedai Tauke.

Kami, para pelanggan, rasa terganggu ya amat dengan gelagat anak ini. Sesekali dia mengheret bangku kayu ke tengah jalan. SRETTTTT…. Dia punya bising seret tu, aduhai, bingit.

Masa tu, sedang aku membelek koleksi pek plastik. Tiba-tiba,

TUSSS….

 

Tali yang menggantung pek-pek display itu terputus, kerna ditarik si anak kecil ini. Aku ketap saja gigi ni. Tak pasal aku kena kutip semua pek sampel yang jatuh.

Kemudian, tabah lahai si tauke ni angkut anak ini, dan membawanya ke hujung kaunter. Ada meja mainan di situ.

– “Haishh, anak comel, main situ lah, kan ada mainan di situ…” Pesan Tauke itu pada anak kecil tu, entah faham ke tidak budak 3 tahun tu dengan telor si Tauke.

“Tauke ha, ni anak siapa ni?” Tanya salah seorang pelanggan lain, agak dah tak tahan juga macam aku. Annoying.

– “Aiyaa… Itu anak penjual air tebu di seberang jalan sana. Aku tak tahu (kenal) dia,” jawab bini tauke selamba.

Terkejut aku, “Aik? Jauhnya… Kenapa mak ayah dia tinggalkan anaknya kat sini?” Aku sambung menyoal.

– “Mak dia sudah lari. Ayah dia saja yang ada. Alahh, tak apalahhh, yang penting budak ni selamat kat sini.” Apek terus matikan sangsi kami.

Hmm… Sanggup pulak Apek ni suami isteri jaga anak yang entah siapa, tiba-tiba muncul.
Selesai membeli-belah, aku pun beransur keluar dari kedai.

Sambil aku undurkan kereta, dengan perlahan yang sangat, tiba-tiba…

NGENGGG!!!!
Melintas satu kelibat motosikal bagai pelesit di belakang. Hampir-hampir mencium bonet keretaku. Mujur sipi-sipi kakiku menekan pedal brek.

WOIII!!! (aku jerit dalam kereta, mana nak dengar si mamat pelesit kat luar tu).

Kulihat kelibat motosikal tadi berhenti tidak jauh dari tempatku. Lelaki itu mengangkat tangannya, gaya Karam Singh Walia. Aik? Dia yang laju, lagi nak marahkan aku?

Aku yang konon ‘cool’, buat tak endah. Kalau diikut hati, memang aku dah kejar mamat tadi.
Kutoleh belakang. Sambung semula ‘reverse’ yang terbantut.

Tengah-tengah aku menjeling cermin belakang, Tup-tup, muncul seorang budak dari belakang keretaku.

YA ALLAH!!!!

Hanya Allah saja yang tahu, betapa lajunya jantung ini berdetak.

Aku dah langgar seorang budak? Ok tak dia? Kenapa dia menyorok di belakangku? Seriau, cemas, takut, marah, geram, syukur, pelik, SEMUA BERCAMPUR!!!

Itulah dia, budak kecil yang kulihat tadi di kedai tauke plastik. Dalam beberapa saat, tiba-tiba anak ini boleh muncul, main sorok-sorok di belakang keretaku sedari tadi.

Rupa-rupanya, mamat motosikal tadi memecut dan memintasku, semata-mata nak selamatkan anak ini dari disondol aku.

Melihatkan anak itu masih tertawa dan berlari girang menuju ke kedai ‘Ayah Angkat’nya, hati ini begitu lega.

Syukur yang tidak dapat diungkap, hari itu Allah selamatkan sebuah jiwa mulia. Allah juga selamatkan aku dari MEMBUNUH tanpa sengaja.

Kali ini, aku serius sekali ingin bertemu bapa anak ini, yang berjualan air tebu di seberang sana.

Rasa di hati menggelegak, tak sabar nak menyembur, “Bang, tak reti jaga anak ke ha??” Ok, aku dah rancang nak guna ayat apa nanti. Ayahnya perlu belajar sesuatu hari ini.

Setibanya aku di warung payung ayah anak itu berniaga, tercari-cari di manakah sosok lelaki yang boleh kuhamburkan dengan kata-kata nasihat “pedas” ini.

“Bang!!! Oh, bang!!” Aku memanggilnya, dengan nada sedikit keras.

Lalu muncullah sosok seorang lelaki berbaju lusuh. Bertopi kebun. Berjalan ke arahku, sambil tersenyum, “Ya bang, nak beli air tebu ke?”

Ya Allah.
Rupa-rupanya, ayahnya itu sekadar bermata satu. Buta sebelah matanya, dan dibalut dengan kain biru.

Aku rasa begitu terhina. Hina kerna diriku ini tidak sebanding tabahnya dia.

 

Dengan keadaan Van mereka. Itulah buat kendera, buat niaga, buat inap mereka. Boleh kuteka bangun dan tidurnya mereka sehari-hari sekadar di jalanan saja.

Tidak terbayang dek akalku, betapa hebatnya sifat peri kemanusiaan yang bernama Apek, sanggup mengawasi seorang anak kecil, berlainan bangsa, beza agama, tidak mereka kenal pula antara satu sama lain.

Ada pula Tuhan hadirkan seorang penunggang motor kusangka pelesit jalanan,
rupa-rupanya,

seorang pengingat kematian.

 

 

Wahai Allah Yang Maha Baik,
pada satu hari,
datangkan pada anak-anak kami,
para pelindung-Mu,
andai kami kelak,
pergi lebih dahulu,

Aminnn…

kredit: Al Irfan Jani

(SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-60)

(Visited 89 times, 1 visits today)
Loading...