Kisah Seram : Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim

Loading...

Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim, kisah seram ini telah dikongsikan oleh salah seorang pembaca di dalam blog ini sendiri. Kisah seram ini berlaku di salah sebuah IPTA di Tanjung Malim, Perak. Kalau korang nak tau kisah seram ini dengan lebih lanjut korang kenalah baca kisah ni sehingga habis.

Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : Pengenalan

Assaalamualikum admin. Mula2 sekali saya nak perkenalkan diri saya sebagai Fiza. Saya baru sahaja lepas tamat belajar disalah sebuah IPTA Di Tanjung Malim. Saya nak ceritakan pengalaman seram saya sepanjang saya belajar disana.

Masa semester 1 pada tahun 2012, saya dapat rumah asrama dan blok paling hujung di dalam UPSI. Rumah saya adalah di tingkat 4 paling atas dan Ada 3 bilik, semuanya Ada 6 orang. Masa tu memang saya rasa ok dan tak ada apa peristiwa seram yang berlaku. Tapi bila tiba waktu senja dan malam, perasaan seram tu tetiba muncul. Tambah2 lagi dalam bilik mandi. Masing2 kami buat tak tahu dan tak nak ambil tahu. Kami hanya duduk didalam bilik masing2.

Nak dipendekkan cerita, ketika itu kami semua sangat sibuk dengan assignment masing2. Kebetulan seorang daripada rakan saya yang duduk didepan bilik saya terlalu beremosi oleh kerana dia tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran dan sangat sukar untuknya faham ilmu pengajian kami. Puas saya pujuk agar tenang dan tabah. Rupa2 nya emosinya smpai terbawa2 sehingga dia benar2 jadi lemah selemahnya.

Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : Gangguan 1

Ditengah malam, tengah saya nyenyak tidur, dalam 2 3 pagi macam tu, tiba2 saya dikejutkan dengan rakan saya yang lemah ni, namanya Ros. Ros kejutkan saya melalui telefon. Saya yang hanya berfikiran straight berasa pelik dan terus jadi seram dan tak nak angkat telefon tu. Bertubi2 Ros call saya, semakin lama semakin saya menjadi seram. Dalam fikiran saya hanya brfikir, adakah Ros yang buat calling tu? Saya abaikan. Kemudian, Ros call rakan sebilik saya. Terus rakan saya angkat dan bertanya kan kenapa. Saya yang berpura2 mamai turut tanya rakan saya. Almaklum lah pagi2 buta ni kan.

Saya dan rakan sebilik saya iaitu Jiba, bergegas buka pintu bilik Ros. Kami berada dalam keadaan mamai, buka2 pintu dah terasa seram, dicampur dengan bunyi orang mengaji yang dibuka oleh Ros melalui telefon pintarnya. Kami pun bukalah lampu bilik. Ros teresak2 nangis diatas katilnya dan rakan sebiliknya tidak sedarkan diri, tidur mati. Kami bertanya kan kenapa, kemudian rakan sebilik Ros tiba2 sedar dari tidurnya dan berasa hairan melihat kami. Ros kata, Ada “benda” putih duduk tepi katil dia dan nak tarik dia. Apa lagi, naik bulu roma kami dibuatnya. Lama juga kami Cuba tenangkan Ros sampailah Ros tertidur semula.

Kalau Ada apa2, Rakan2 akan cari saya. Saya pun tak tau lah kenapa diorg ni cari saya untuk bantu diorang. Saya pun bukanlah kuat orangnya. Cuma saya paksakan diri untuk jadi berani, padahal kecut perut jugak. Nak tak nak, berbekalkan ilmu yang saya tau, saya Cuba buat pagar dalam rumah kami. Alhamdulillah gangguan dah tiada.

Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : Kemuncak Gangguan

Tibanya waktu kemuncak assignment berlambak2, Rakan bilik saya pula yang diganggu. Sebenarnya diorang langsung tak nak cerita apa2 pada saya. Pada satu malam tu, Jiba tidur lewat disebabkan assignment yang bertimbun-timbun. Saya tidur dahulu dengan lampu bilik terpasang. Tiba2 sedar2 saya dari lena tu, saya lihat Jiba tak ade dalam bilik. Dalam fikiran saya mungkin Jiba buat assignment dekat luar. Saya pun jenguk la kat luar bilik, semua lampu rumah terpasang, saya fikir mungkin Jiba ada kat luar ni, sebab mamai dan malas nak fikir panjang. Kemudian saya sambung tidur smula.

Keesokan hari nya, saya pelik sebab Jiba senyap saja. Saya bertanya kan pada rakan yang lain. Rupa2 nya masa Jiba dah terlelap atas katil tu, Jiba ditarik oleh “benda” tu jugak dihujung katilnya. Jiba puas ronta2 dan jerit2 memanggil2 saya untuk minta tolong tapi saya tak sedar2 jugak. Kemudian Jiba cuba baca ayat2 Al-Quran dan akhirnya terlepas dari “benda” tu. Jiba yang sedar dari tidur, berlari ke bilik sebelah, rupa2nya Jiba tidur dibilik sebelah tinggalkan saya sorang2 dalam bilik. Jiba ingat dia selamat tapi rupa2nya “benda” tu masih ada lagi mengganggu dia. Saya yang duduk dengar tu tiba2 seram dan berimaginasi katil Jiba yang berada didepan mata saya.

Saya yang hanya mampu berdoa dan baca ayat2 Al-Quran yang saya tau semasa saya bantu rakan2 saya tu, tak lama kemudian saya pulak yang diganggu. “Benda” tu tak ganggu saya seperti rakan2 lain tapi “benda” tu hanya menggangu saya ketika saya berada dalam bilik air. Saya jenis suka bangun awal pagi pukul 5 macam tu dengan tujuan basuh baju. Terdapat cermin besar dalam bilik air, 2 bilik mandi dan 1 toilet. Ketika saya sedang membasuh muka gosok gigi depan cermin, saya berasa seram sangat sehingga saya tak berani memandang cermin unntuk tengok diri saya. Pada ketika itu saya merasakan ada orang sedang melihat saya.

Disebabkan saya buat tidak endah, badan saya tiba2 terasa seperti dicucuk2, digeletek dibahagian pinggang, tangan dan bahu. Nak tak nak, dalam bilik air yang saya hanya keseorangan tu, saya kuat kan diri berdoa banyak2 dan cuba tidak menghiraukan benda tu. Saya cuba terus masuk bilik air dan mandi secepat mungkin. Lepas sahaja saya berwuduk untuk subuh, akhirnya tiada lagi rasa tu dari diri saya. Mujurlah saya dilindungi Allah.

Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : TAMAT

Sekian sahaja kisah daripada Fiza mengenai pengalaman seram ketika berada di rumah sewa UPSI Tanjung Malim. Sebenarnya kisah seram ini Fiza tidak memberitahu tempat pengajiannya, tetapi aku dapat mengagak ianya adalah UPSI kerani kat Tanjung Malim hanya ada satu sahaja pusat pengajian IPTA dan aku berasal dari Tanjung Malim sebab tu aku tahu..hehe

Anyway best cerita seram yang Fiza kongsikan ni. Sori Fiza sebab lambat publish kerana banyak tugasan harian yang perlu di utamakan. Aku harap ada lagi la pengalaman seram yang dirasai sendiri oleh pembaca blog ini yang dapat aku kongsikan.

(Visited 1,854 times, 6 visits today)
Loading...