Isteri Mengamuk Selepas Suami ‘Kantoi’ Curang, Pesawat Qatar Airways Terpaksa Membuat Pendaratan Cemas

Loading...

Sebuah pesawat milik Qatar Airways yang dalam penerbangan menuju ke Bali, Indonesia dari Doha, Qatar terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Chennai, India gara-gara amukan seorang wanita, Ahad lalu.

Wanita yang berasal dari Iran itu dikatakan berang selepas menemui bukti perbuatan curang suaminya selepas berjaya membuka telefon bimbit lelaki tersebut. Ketika itu, pasangan tersebut bersama anak mereka dalam perjalanan ke Bali untuk percutian keluarga.

Menurut laporan media, wanita tersebut bertindak membuka telefon bimbit suaminya selepas berjaya mengimbas cap jari lelaki tersebut pada telefon bimbitnya yang ketika itu sedang tidur. Dia mula mengamuk selepas melihat bukti-bukti kecurangan suaminya.

Krew penerbangan cuba meredakan kemarahannya namun gagal. Apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal, juruterbang memutuskan untuk membuat pendaratan cemas di lapangan terbang berdekatan.

”Insiden tersebut berlaku pada Ahad lalu. Penerbangan Qatar Airways QR-962 (Doha-Bali) membuat lencongan ke Chennai selepas juruterbang pesawat tersebut meminta untuk berbuat sedemikian kerana ada penumpang yang bertindak di luar kawalan. Wanita itu bersama keluarganya telah diarahkan untuk meninggalkan pesawat tersebut”, kata salah seorang pegawai yang tidak ingin dikenali.

Menurut sumber, pasangan tersebut bersama anak mereka terpaksa ditempatkan di pusat tahan selepas siasatan mendapatai mereka tidak mempunyai visa India.

”Keluarga tersebut bermalam 1 hari di Lapangan Terbang Chennai yang kemudiannya dihantar ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Batik Air. Tiada tindakan undang-undang diambil terhadap wanita tersebut” kata pegawai itu lagi.

”Bagi menghormati hak privasi penumpang, kami tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung insiden ini”, kata jurucakap Qatar Airways.

Sumber : Hindustan Times

(Visited 1 times, 1 visits today)
Loading...