Ingin Dapatkan Anak, Salman Khan Mencari Ibu Tumpang Tanpa Berkhawin

Loading...

Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan dilaporkan menyimpan hasrat untuk mendapatkan anak sendiri tanpa mempunyai ikatan perkahwinan.Menurut laporan Bollywoodlife.com, Salman kini sedang mencari ‘ibu tumpang’ yang sesuai untuk mendapatkan bayinya sendiri.

“Salman ingin memiliki anak kandung sendiri kerana dia amat suka kepada kanak-kanak.

“Meskipun dia masih belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat ini namun dia mempunyai impian mempunyai anak.

“Dia juga telah meminta izin daripada kedua ibu bapanya untuk memiliki anak melalui ibu tumpang dan mereka telah bersetuju dengan pendapat yang diberikannya itu,” kata sumber.

Sebelum ini Shah Rukh Khan dan Aamir Khan juga dilaporkan telah memiliki anak hasih daripada ibu tumpang.

Namun sehingga kini, Salman Khan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Sumber: Bollywoodlife.com

(Visited 36 times, 1 visits today)
Loading...