Identiti Sebenar Datuk Seri Pukul Anggota Rela Terbongkar Yang Amat Mengejutkan Netizen

Loading...

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang Datuk Seri telah membelasah 3 orang anggota RELA. Suspek Nicky Liow Soon Hee mempunyai sebuah syarikat sendiri dan menjadi jutawan telah dianugerah Datuk Seri pada tahun 2012.

Paling mengejutkan netizen ialah, Liow mempunyai 10 rekod kes jenayah. Memetik World of Buzz, suspek dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 10 kes jenayah sejak tahun 2009. Antara kes yang dikaitkan dengan suspek ialah termasuk dadah, kes curi serta menyerang dengan senjata.

Mengikut laporan Berita Harian pula, Liow tidak pernah didakwa bagi kes yang lalu kerana faktor kekurangan bukti dan maklumat yang tidak cukup untuk mengaitkan suspek dengan kes jenayah tersebut.

 

Malah waran tangkap juga tidak diserahkan kepada suspek juga antara kemungkinan besar suspek tidak pernah didakwa.

Apa yang lebih mengejutkan, suspek disyaki salah seorang ahli kongsi gelap di Taiwan malah pernah menghadiri sebuah majlis yang diadakan di sana.

Liow juga merupakan orang kanan seorang warga Cina, Zhang Jian yang didakwa pada Jun lalu kerana satu kes penipuan yang mengakibatkan orang ramai kerugian hampir RM356 juta.

Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Noor Rashid pula mengesahkan bahawa suspek mempunyai permit untuk membawa senjata api.

Dalam laporan oleh NST pula, suspek akan didakwa mengikut seksyen 328 dan 186 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman 2 tahun penjara dan denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, pihak SPRM juga mula menjalankan siasatan mengenai cubaan suspek untuk merasuah 3 anggota RELA yang dipukulnya.

(Visited 133 times, 1 visits today)
Loading...