(Gambar & Video) Suami Isteri Warga Emas Maut Dirempuh Treler Terbabas

Loading...

Sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan yang melibatkan empat kenderaan di Lebuhraya PLUS arah selatan berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat Seremban.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat itu mengakibatkan sepasang suami isteri, Lau Lian Huat dan isterinya Lim Ah Gim masing-masing berumur 62 dan 60 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut saksi kejadian, sebuah treler dari arah utara dikatakan hilang kawalan sehingga terbabas memasuki laluan bertentangan lalu merempuh Perodua Alza yang dipandu oleh pasangan suami isteri tersebut.

Treler tersebut kemudian merempuh sebuah Proton Preve serta sebuah Proton Waja. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Ahmad Ridwan Yahya berkata, sebuah jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

Menurut beliau, tiga mangsa lain cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Kemalangan tersebut menyebabkan laluan trafik sesak teruk sehingga 20KM. Para pengguna jalanraya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif LEKAS atau jalan dalam dari Nilai.

SUAMI isteri maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, dekat Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang ini.Lau Lian Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, sebuah treler dari arah utara dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan mangsa, Proton Preve serta Proton Waja.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Ahmad Ridwan Yahya berkata, sebuah jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan."Anggota bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Pemandu dan penumpang Perodua Alza disahkan meninggal dunia manakala tiga mangsa lain cedera."Semua mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan. Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama bagi bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.▶Harian Metro#ibforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on 27hb Oktober 2017

(Visited 60 times, 1 visits today)
Loading...