Gadis Menderita, Tak Tahan Sakit Sebab Guna ‘Fake’ Braces

Loading...

Seorang pesakit datang ke klinik meminta doktor membuangnya braces sebab dah tak tahan sakit. Bila ditanya, katanya sudah guna braces selama dua bulan dengan kos RM700.

Tidaklah murah. Bila ditanya pasang di mana, katanya di rumah ‘doktor’ itu.

“Ada janji lagi tak setelah ini?”

 

 

“Ada, sebulan sekali dan kena bayar RM100,” jawabnya.

Ini sudah sah guna fake braces. Alahai, nak marah pun ada, kasihan pun ada.

Setelah diperiksa, gusi menjadi bengkak berdarah, berbau, gigi pula bergoyang, ada bracket yang tercabut, sisa makanan tak payah ceritalah.

 

 

Akhirnya doktor ambil keputusan untuk tanggalkan fake braces dan bersihkan giginya, selain beri sedikit nasihat.

Lebih baik tiada braces dari pakai tetapi membahayakan. Kasihan pada mereka yang masih terjerat dengan doktor gigi palsu yang memasang fake braces secara ilegal di rumah atau hotel. Sudah banyak kali kes-kes seperti ini dan masyarakat kita masih tidak ada kesedaran akan bahayanya fake braces seperti ini.

 

 

Saranan doktor, ada perawatan, pergilah menemui doktor gigi yang bertauliah, kerana jelas berbahaya.

Sumber: Klinik Gigi ArRizqin

(Visited 109 times, 1 visits today)
Loading...
  • Add Your Comment