Faye Kusairi Sahkan Dia Sudah Hamil.

Loading...

Baru-baru ini pelakon Faye Kusairi sering muntah-muntah memberi petanda baik kepada dia dan disahkan hamil tiga bulan.Menurut Faye,30, punca dia megetahui sedang berbadan dua ketika mengalami sakit perut serta muntah-muntah sehingga memaksa dia menjalani pemeriksaan di klinik.

“Alhamdullilah, selepas melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan saya hamil hampir tiga bulan.

“Sebenarnya saya sedar sejak awal bulan lalu apabila kitaran haid lambat dan mengalami simptom-simptom kehamilan, sehinggalah suami bawa ke klinik,” katanya kepada mStar Online.

Faye atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 April lalu di Ampang, Selangor.

Sementara itu,Faye memaklumkan dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk sepanjang proses awal kehamilan.

 

“Tiada alahan yang teruk, cuma alami muntah-muntah sahaja.

“Kalau saya duduk rumah mulalah rasa tak sedap badan, tapi bila sibuk bekerja okay pula!

“Mujurlah suami sentiasa ada di sisi menemani saya. Tentang makanan pula, saya tak ada mengidam apa-apa, cuma sekarang ni suka makan buah-buahan,”katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya seni, Faye berkata, dia tidak memikirkan lagi sama ada mahu meneruskannya atau berehat buat sementara waktu.

“Sekarang ni semuanya masih terkawal lagi, kita tengok keadaan kesihatan dan keperluan pada masa akan datang,”katanya.

(Visited 49 times, 1 visits today)
Loading...