Fara Fauzana Dedah 5 Tahun Kerja Tak Pernah Solat Subuh

Loading...

Hampir 10 tahun bergelar penyampai radio, nama Fara Fauzana memang tidak asing lagi. Namun perkongsian terbaru Fara amat menyentuh hati netizen.

“Saya tak malu nak mengaku, pada lima tahun pertama itu Subuh memang tak pernah buat.” Menerusi perkongsiannya itu Fara akui ramai yang berkata dirinya beruntung. “Untungnya kerja pagi sebab Subuh mesti tak tinggal,” ceritanya.

Bagaimanapun, kerana terikat dengan jadual kerja yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi menyebabkan dia culas dalam menunaikan suruhan-NYA yang satu itu sepanjang lima tahun pertama.

“6 pagi dah mula kerja dan waktu itu jugalah masuk waktu Subuh,” katanya yang mengeluarkan pelbagai alasan liat mendirikan solat Subuh sepanjang lima tahun pertama bergelar penyampai radio.

KISAH FARA FAUZANA (FAFAU) BERHIJRAH

Sebab itu penting pilih kawan yang baik-baik. Terima kasih Fara Fauzana Realfafau atas perkongsian ini….Pautan video penuh di YouTube Kuliah Kuliah Lembah Klang di sini: https://www.youtube.com/watch?v=R-dndLlsMac

Posted by The Rohani on 9hb Oktober 2017

Namun, kesedaran itu timbul sedikit demi sedikit apabila melihat rakan-rakan lain begitu mudah melakukan suruhan wajib Tuhan itu. Dari situ, Fara sedar tak susah untuk melakukannya dan secara perlahan-lahan, dia mula belajar untuk berubah.

“Pada awalnya memang agak sukar, tapi bila dah lama-lama belajar dan mula memahami apa itu ‘Islam’, benda itu sangat mudah,” ujarnya.

Selain Subuh, Fara juga akui dia sering ‘melajakkan’ waktu Maghribnya. Yalah, kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam, dan perlu bersiap-siap seawal jam 5 petang.

“Jujur, pada awalnya saya tak pandai nak urus masa dan sering akan ‘qada’ sahaja.

“Tapi bila saya lihat benda itu mudah dan tahu macam mana nak mengawalnya, saya belajar untuk jadi yang baik,” jelasnya yang sedikit demi sedikit juga berubah bermula dengan berselendang sebelum berhijab sepenuhnya.

Terharu dengar pengakuan Fara Fauzana ini. Berani dia mengaku tak pernah solat Subuh selama 5 tahun! Apapun, semoga Fara terus istiqamah.

(Visited 95 times, 1 visits today)
Loading...