DS Vida Dikecam Kerana Suka Tunjuk Kekayaan Hingga Dikatakan Lupa Tuhan,Ini Respond Caprice Yang Buat Netizen Setuju

Loading...

Tidak di nafikan, dengan kekayaan yang di miliki, Ds Vida mampu untuk melakukan apa sahaja. Punya pakaian dan beg tangan jenama mewah, punya banyak koleksi jam tangan dan juga cincin harga ratusan ribu ringgit, pasti ia bagaikan mimpi bagi sesetengah orang.

 

 

Selain mempunyai kekayaan dari segi perhiasan diri, beliau juga mempunyai deretan kereta mewah yang ekslusif termasuklah istana mewah bernilai lebih dari RM 20 juta.

 

 

Dalam klip video terbaru I Am Me beliau, ia menimbulkan banyak reaksi dan kecaman apabila DS Vida di kecam hebat dan di gelar riak, takabur serta lupa Tuhan.

 

 

 

Kerana kecaman dari segelintir netizen yang melampau-lampau ucapan mereka, Caprice melalui akaun Ignya telah memberi komennya terhadap mana-mana individu yang menyatakan DS Vida riak dan lupa pada Tuhan. Caprice merupakan founder Jihad In Education / RAJIN app / Mengaji.com di mana komennya tentang isu semasa dan topik viral sering mendapat perhatian ramai orang.

Dalam satu rakaman videonya, beliau menyatakan apa yang dia faham DS Vida melakukan semua itu untuk marketing. Namun bagi sesetengah orang yang berkata DS Vida riak dan lupa pada Tuhan, kata Caprice manusia tiada hak untuk mempersoal hubungan seseorang dengan Tuhannya. Mungkin sahaja Ds Vida lebih kuat berdoa pada Tuhan atau lebih banyak membantu anak-anak yatim,kita tidak tahu.

Kenyataan dari beliau itu di sokong oleh orang ramai kerana bagi mereka ada sesetengah netizen gemar untuk mencari buruk orang lain sehingga merasakan diri mereka bagaikan maksum.

 

 

 

(Visited 46 times, 1 visits today)
Loading...