Video Ni Terbaik? Support Kitorang Dengan Like Page Dan Subscribe Youtube

Cikgu Viral! Jadi Buruan Student, Dapat Hadiah Setiap Hari Sebab Terlalu Kacak

Loading...

Hai untunglah! Seakan menjadi trend pula bila lelaki kacak mahupun wanita cantik diviralkan sana sini.

Beruntung tuan badan! Samalah seperti cikgu yang satu ini. Dikenali sebagai Jimmy Jejai, 23 di laman Instagram, kelibat dirinya menjadi perhatian kerana memiliki pakej menarik.

Pendek kata sado dan kacaklah. Jejaka dengan nama penuh Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar ini juga merupakan seorang guru pelatih pendidikan jasmani.

Sesuai dengan profesionnya mengajar subjek kesukanan, dia juga mempunyai susuk tubuh yang fit dan kekar.

Memetik laporan Hangat.com, cikgu ini memang mempunyai minat dalam dalam bidang bina badan dan juga kecergasan.

Oleh itu, tidak hairanlah dia dikatakan bakal beraksi dalam sukan bina badan pada November nanti.

Yang menarik dan juga melucukan, dek kerana ketampanan yang dimilikinya, cikgu Jimmy sering mendapat hadiah daripada para pelajarnya, malah hampir setiap hari.

 

“Boleh dikatakan setiap hari saya akan dapat hadiah, pelbagai soalan di whatsap dan juga media sosial,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia turut mendapat perhatian daripada pelajar dari sekolah lain yang ingin bergambar dan juga mendapatkan nasihat tentang dunia kecergasan. Amboi bukan main lagi ya!

 

Tidak terhenti setakat itu, dia yang mengajar di sebuah sekolah di Perak turut fasih berbahasa Mandarin dan juga merupakan seorang model bebas. Berikut adalah antara komen netizen di laman Instagram milik guru ini:

Tinjauan kami juga mendapati pengikut Jimmy mempunyai bukanlah sedikit, malah sehingga hampir 65 ribu orang follower di laman Instagram! Kami percaya tak lama lagi pasti cikgu ini bakal menjadi selebriti pula!

Sumber: CARI

(Visited 151 times, 1 visits today)
Loading...
  • Add Your Comment