loading...

Bertemu Pontianak ketika Berkhemah di Taman Rimba Kenong Lipis

Loading...

Kisah ini terjadi ketika aku berkhemah di taman rimba kenong. Sampai saja di sana kami terus daftar nama. Masa daftar nama tu, ranje hutan kat situ ada cakap ” korang masuk dalam nanti, hati-hati sikit nanti tak pasal-pasal dapat awek baru pulak”. Aku yang tak faham hanya membalas dengan senyuman.

Kami masuk agak dalam, bila dah jumpa kawasan lapang, kami terus pasang khemah masing-masing dan settelkan apa yang patut. Dalam pukul sepuluh lebih perut aku mula buat hal. Dalam aku membuang, tiba-tiba ada benda menitik atas lenganku. Tanpa memikirkan yang bukan-bukan, aku teruskan perjuanganku.

Namun, sekali lagi aku merasakan aku benda menitik-nitik di lenganku dan anehnya di tempat yang sama benda tu menitik. Setelah berulang kali benda ni terjadi, aku ambil keputusan menyuluh lenganku untuk melihat apa sebenarnya yang menitik-nitik dari tadi. Berderau darahku, apabila aku lihat itu adalah darah.

Bau hanyir dan busuk darah mula menusuk hidungku. Aku mula pening. Aku sedar ini bukan darah manusia atau binatang, ini adalah darah makhluk halus. Aku terus mengambil tanah dan membaca tiga qul dan juga ayat kursi. Setelah siap aku lemparkan tanah tersebut ke udara. Terus aku melihat ada makhluk terbang seperti burung keluar tapi dengan saiz yang besar.

Bila makhluk tu dah pergi, aku terus melangkah ke khemah dengan tergesa-gesa. Sampai aku terlupa pasal pagar. Sampai saja di khemas aku terus tidur. Lebih kurang jam tiga pagi aku terjaga dan dalam pada itu, aku terdengar suara menyanyi “lalalalaaa, laaalaaalaa” dan bunyi keriuk-keriuk seperti bunyi buai berayun.

Baru saja aku nak buka zip khemah, tiba-tiba tangan aku dipegang oleh kawan aku. Aku yang terkejut terus bertanya “kau dah kenapa”. Namun dia tidak terus menjawab, sebaliknya dia terus bertanya kepada aku “betul ke kau dah pagar kawasan khemah kita ni”. Aku yang terkejut terus membalas “kenapa”.
Kawan aku hanya diam sebelum dia menyuruhku melihat di luar khemah apa yang terjadi.

Ya Allah, ketika itu aku melihat satu lembaga berbaju putih dengan muka menunduk ke bawah. Makhluk itu berdiri lebih kurang 9 kaki dari khemah tempat kami tidur. “betul ke kau dah pagar” tanya kawan aku sekali lagi. “belum, aku takut tadi ada benda kacau aku masa aku tengah membuang” balasku dalam ketakutan.

Tiba-tiba, dari ekor mata aku nampak bayangan di bahagian kiri khemah, namun bila aku toleh saja ke kiri bayangan itu terus hilang. Aku kembali tenang. Tetapi ketenanganku tak bertahan lama apabila aku terdengar bunyi nafas. Aku dapat hidu bau nafas tersebut, sangat busuk.

Sebaik saja aku menoleh ke belakang, makhluk itu ada dibelakangku sangat dekat dengan mulut ternganga, mata merah, rambut panjang mengurai dan benda yang tak boleh aku lupakan adalah makhluk itu tengah gendong bayi berulat, tapi anehnya bayi itu masih hidup. Dalam aku ketakutan, tiba-tiba bayi tersebut menoleh ke arah aku dan tersenyum. Itulah senyuman yang paling mengerikan yang pernah aku lihat.

Kerana terlampau takut, aku terus pengsan disitu, sedar-sedar saja aku terdengar suara azan aku kawan aku. Dan barulah aku tahu sudah masuk waktu subuh. Kata kawanku semasa aku pengsan, dia berjaya menghalau pontianak tersebut dan terus membuat pagar di sekeliling khemah kami. Selepas solat kami terus gerak balik.

(Visited 418 times, 1 visits today)
Loading...
  • Add Your Comment