Baby Terlajak Laris Anak Baru Aliff Syukri?

Loading...

SEMALAM kecoh laman Instagram apabila pengasas produk D’herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik satu gambar dan caption yang menggemparkan pengikutnya.

Mana taknya, Aliff telah memuat naik satu gambar pregnancy test kit dengan dua jalur merah dan gambar scan baby.

Kalau dah dua jalur merah tu maksudnya positiflah kan.. Kalau kita yang tengok ni pun mesti ingat isterinya, Datin Shahida yang mengandungkan.

Sampaikan laman Instagram pasangan ini dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen. Bukan itu sahaja, dengar-dengarnya orang-orang media pun ada menghubungi mereka.

Disebabkan gambar itu telah mendatangkan salah sangka dan tanda tanya netizen, Aliff dan isterinya telah memuat naik satu video menerangkan hal sebenar.

 

Sebenarnya, gambar tersebut merupakan teaser kepada anak angkatnya yang baru. Dalam video tersebut, Aliff ada menyatakan dia dan isterinya ada mengambil anak angkat yang baru dilahirkan.

Khabarnya anak tersebut seorang baby girl serta ada kacukan Melayu dan Pakistan.

 

Jangan tak tahu, baby ini juga ada akaun Instagram sendiri ya… Aliff juga ada membuat undian nama untuk diletakkan kepada puteri barunya ini.

“Pilih hanya satu pilihan. Sedap nama yang mana satu Sumayyah Aliff Syukri atau Amena Aliff Syukri?” tulisnya.

Ameena. Itu nama yang telah menambat hati pasangan Aliff dan Shahida untuk ahli keluarga baru mereka ini.

Shahida juga ada memuat naik satu gambar dan menjelaskan sebab kenapa baby ini menjadi anak angkat mereka. Menurutnya, keluarga kandung bayi ini mengalami kesempitan hidup dan tidak mampu membesarkannya.

Shahida juga ada menyelitkan peringatan kepada netizen di luar sana.

“Jangan ada mulut-mulut di luar sana yang mengatakan saya tidak sukakan bayi ini kerana saya tidak merakamkan apa jua aktiviti saya dengan bayi ini.

“Saya tidak perlu untuk memuaskan hati orang lain semata-mata untuk menunjukkan yang saya baik,” tulisnya.

Pasangan berjaya ini juga mengharapkan anak ini menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat. Mereka juga menyeru netizen untuk mendoakan yang baik untuk puteri barunya dan urusan dipermudahkan.

(Visited 35 times, 1 visits today)
Loading...