Ainul sudah boleh bernafas sendiri

Loading...

KUALA LUMPUR: Bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tum0ur, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen.

Perkembangan positif itu dikongsikan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menerusi Facebooknya hari ini, selepas enam hari anak sulungnya menjalani pembed4han membuang ketumbuhan di mulut.

“Alhamdulillah, Ainul (Mardhiah) sudah tidak perlukan bantuan oksigen. Sekarang, Ainul boleh bernafas sendiri,” katanya.

Perkongsian perkembangan positif mengenai Ainul Mardhiah itu nyata ditunggu-tunggu netizen apabila ia mendapat lebih 12,000 reaksi dan 500 komen selepas empat jam Ahmad Safiuddin memuat naik status berkenaan.

Ainul Mardhiah selamat menjalani pembed4han membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London, Isnin lalu.

Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah yang semakin stabil juga membolehkan bayi itu dipindahkan ke wad biasa sejak Jumaat lalu, dengan semua jarvm di tangan dan kakinya sudah dicabut.

Sumber : BH

(Visited 73 times, 1 visits today)
Loading...