20 Gambar Tuan Puteri Kesayangan Perak, Y.T.M Raja Nazira Safya Yang Comel & Jelita…

Loading...

Keletah dan kecomelan Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya, puteri kepada Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim seringkali mencuri tumpuan ramai.

Malahan, ramai yang meminati baginda sehingga menjadikan gambar puteri comel ini sebagai ‘profile picture‘ mereka di laman sosial.

Bagi yang belum mengenali puteri raja ini, baginda dilahirkan pada jam 10:30 pagi tanggal 2 Ogos 2011 di Hospital Pakar Damansara, Selangor.

Baginda merupakan anakanda kedua selepas kekandanya, Raja Kechil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah dan merupakan puteri tunggal kepada Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim.

Baginda yang kini berusia 6 tahun, sedang menerima pendidikan awal di Kuala Lumpur International School sejak tahun 2014.

Mewarisi kecantikan wajah bondanya, kejelitaan Tuanku Zara sudah terserlah walaupun masih kecil lagi.

Jom kita lihat 20 gambar-gambar comel Raja Nazira yang mampu mencairkan hati semua..

 

 

 

 

 

-Sumber: Hangat.com, Wikipedia

(Visited 1,508 times, 1 visits today)
Loading...